24
Wed, Apr

BOT NELAYAN TEMPATAN GUNA KHIDMAT KRU WARGA ASING DITAHAN

PULAU PINANG, 11 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah Bot Nelayan Tempatan (BNT) kelas C di kedudukan 17.5 batu nautika barat daya Pulau Kendi pada tengah hari semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom berkata, KM SIKUATI yang ditugaskan di dalam perintah operasi telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan terbabit sedang menangkap ikan.

Justeru, KM SIKUATI menghampiri BNT tersebut dan melakukan pemeriksaan lanjut serta mendapati lima kru termasuk tekong warga Myanmar berada di atas bot berkenaan.

Kesemua yang ditahan adalah dalam lingkungan umur 15 hingga 44 tahun didapati gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah sewaktu penggeledahan dilakukan.

Pemeriksaan lanjut mendapati bot terbabit tidak mempunyai permit kelulusan penggunaan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

BNT tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit atau pass yang sah.

Kru warga asing terbabit telah direman selama 14 hari bagi membantu siasatan.

 

PENANG NELAYAN 2

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON