CMSWG | MARITIM MALAYSIA DAN ABF TINGKATKAN KERJASAMA BILATERAL KESELAMATAN MARITIM

KUALA LUMPUR, 10 Oktober – The 12th Malaysia - Australia Civil Maritime Security Working Group (CMSWG) telah berlangsung baru-baru ini, di mana Malaysia telah menjadi tuan rumah.

Kehadiran delegasi Australia diketuai oleh Commander Maritime Border Command Australian Border Force (ABF), Rear Admiral Justin Jones, CSC RAN, disambut mesra oleh Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim dalam sebuah majlis yang berlangsung di Hotel InterContinental Kuala Lumpur.

Penganjuran CMSWG kali ke-12 ini memberi tumpuan utama kepada ‘Civil Maritime Security Threats’ serantau antaranya irregular migration, penyeludupan migran dan kontraban serta IUU Fishing. Dalam mesyuarat tersebut, kedua-dua agensi juga bersetuju untuk meneruskan pembinaan kapasiti dan latihan secara dua hala di antara badan penguatkuasaan maritim Malaysia dan Australia untuk memastikan keselamatan maritim serantau sentiasa terjaga.

Untuk rekod, CMSWG ialah platform kerjasama dua hala yang memberi tumpuan kepada keselamatan maritim dalam isu-isu penguatkuasaan jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan migran, pemerdagangan manusia dan pengawalan sempadan zon maritim antara Malaysia dan Australia sejak 2011. Antara pelaksanaan yang dilihat berjaya menerusi inisiatif ini ialah OP REDBACK.

 

CMSWG 2   CMSWG 3   CMSWG 6   CMSWG 4