SEMBANG SANTAI KESELAMATAN ‘SUNSET CRUISE’

LANGKAWI, 8 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Maritim Negeri Kedah dan Perlis (MNKP) bersama Langkawi Yatch Club (RLYC) mengadakan Program Taklimat Keselamatan Bot 'Sunset Cruise' secara sembang santai bersama pengusaha dan master bot 'sunset cruise' bertempat di perkarangan Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi semalam.

Program dimulakan dengan sesi Taklimat Kesedaran dan Keselamatan untuk 'sunset cruise', keperluan dokumentasi dan sesi dialog untuk memberi peluang kepada pengusaha 'bot cruise' dan 'skipper' menanyakan soalan yang berkaitan dengan Maritim Malaysia dan pengoperasian 'sunset cruise'.

MNKP menjadikan program ini sebagai satu pendekatan untuk menyampaikan fungsi serta peranan utama Agensi di samping menjalinkan hubungan kerjasama serta networking antara Maritim Malaysia dengan komuniti maritim khususnya operator 'sunset cruise'.

Selain itu, program ini juga turut menjadi medium memberi kesedaran dan nasihat keselamatan di laut kepada pengusaha-pengusaha agar lebih berwaspada bagi mengelakkan sebarang kecuaian yang boleh menyebabkan kecemasan dan kemalangan di laut.

 

DREAM CRUISE LANGKAWI 2
 
DREAM CRUISE LANGKAWI 3