25
Thu, Apr

RMK-12 | PUSAT KAWALAN OPERASI APMM BAKAL DINAIKTARAF

PUTRAJAYA, 12 September - Hasil Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), Kerajaan telah mengumumkan untuk menaik taraf pusat kawalan operasi dan pembinaan baharu pangkalan operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah berkata, komitmen yang dinyatakan ini bukti bahawa Kerajaan Perpaduan sangat memberikan perhatian dalam memperkukuhkan keselamatan dan pertahanan negara.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya hari ini.

Turut hadir sama Ketua Setiausaha KDN, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi serta Ketua-Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi di bawah KDN.

Mengulas lanjut penaiktarafan pusat kawalan operasi dan pembinaan baharu pangkalan operasi Maritim Malaysia, Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim berkata, pengumuman yang dibuat oleh kerajaan adalah tepat pada waktunya kerana ia merupakan keperluan mendesak agensi ini dalam meningkatkan keselamatan Zon Maritim Malaysia daripada segala ancaman jenayah di laut.

Terdahulu Datuk Saiful turut menyahut seruan Ketua Setiausaha KDN melalui ucapan aluan yang disampaikan, agar memastikan setiap pegawai dan anggota di bawah KDN sentiasa berintegriti dan telus ketika menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan oleh kerajaan dalam menjaga keselamatan negara.

 

IMG 0164
 
IMG 0083
 
IMG 0157
 
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON