MARITIM NEGERI TERENGGANU LUPUS ROKOK SELUDUP BERNILAI LEBIH RM1.2 JUTA

KUALA TERENGGANU, 10 September - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu melupuskan 379,400 batang rokok seludup berjumlah lebih RM1.2 juta di Ibu Pejabat Maritim Negeri Terengganu hari ini.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid berkata, rokok yang dirampas pada April tahun ini merupakan rokok yang tidak bercukai.

Proses pelupusan dilakukan dengan menggunakan mesin pengisar dan sisa pelupusan akan dibuang di tapak pelupusan sampah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Sungai Ikan, Kuala Nerus disaksikan pegawai penyaksi pelupusan.

Maritim Negeri Terengganu sentiasa melakukan pemantauan bagi mengekang aktiviti penyeludupan bersama agensi keselamatan lain.

WhatsApp Image 2023 09 10 at 3.53.27 PM