PROGRAM SAHABAT MARITIM NEGERI MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN

JASIN, 6 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah melaksanakan program Sahabat Maritim di Pangkalan Nelayan Serkam, Pantai Merlimau, Melaka di sini hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar bin Ishak berkata, program Sahabat Maritim yang dilaksanakan ini berkonsepkan sembang santai bersama komuniti nelayan yang terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pangkalan dan Ketua-ketua Jaringan Perikanan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Jasin dalam usaha merapatkan hubungan, menjalinkan persefahaman serta berkongsi maklumat semasa.

Turut hadir bersama ialah Puan Nur Izzati binti Abdul Karim, Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Melaka.

Sebanyak lima PNK yang dipertanggungjawabkan kepada pegawai-pegawai dari Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan (MNMNS).

PNK Jasin merupakan PNK yang ketiga Program Sahabat Maritim ini dilaksanakan selepas PNK Melaka Selatan dan PNK Teluk Kemang.

Program dimulakan dengan sesi taklimat keselamatan dan juga penerangan mengenai peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia yang disampaikan oleh Leftenan Maritim Faezal bin Alimat.

Seterusnya diadakan sesi dialog, penyampaian sijil pelantikan dan juga penyerahan 'pennant' kepada Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pangkalan dan Ketua-ketua Jaringan Perikanan sebagai simbolik pelantikan Sahabat Maritim MNMNS.

Semua yang hadir turut diingatkan agar sentiasa bewaspada dan peka terhadap persediaan keselamatan di laut serta mematuhi undang-undang di laut.

 

MNMNS SAHABAT MARITIM
 
MNMNS SAHABAT MARITIM 2
 
MNMNS SAHABAT MARITIM 3
 
MNMNS SAHABAT MARITIM 5