MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT NELAYAN BAWA BARANG KAWALAN BERSUBSIDI TANPA PERMIT SAH

KUDAT, 30 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)melalui Zon Maritim Kudat menahan sebuah bot nelayan yang membawa muatan barang kawalan bersubsidi tanpa permit sah, awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratneberkata, bertindak atas maklumat risikan; Ketika itu pihaknya sedang melakukan rondaan OP PLUTO TIMUR di sekitar perairan Kudat.

Bot berkenaanberjaya dikesan dan diperiksa di kedudukan sekitar 0.6 batu nautika timurmuara Marina Kudat sekitar jam 1.20 pagi.

Hasil pemeriksaan mendapati, tiga individu yang mengendalikan botberkenaan terdiri daripada seorang tekong warga tempatan manakala duakru warga Filipina dalam lingkungan umur 34hingga 46 tahun.

Pemeriksaan lanjut menemukan sejumlah 80 tong berwarna biru disyaki mengandungi minyak petrol dianggarkan sebanyak 1,600 liter dibawa di atas bot berkenaan tanpa permit yang sah.

Kesemua suspek ditahan bersama bot dan barang rampasan dianggarkan berjumlah lebih RM100 ribu dibawa ke jeti sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Kudat untuksiasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barangkawalan bersubsidi dengan niat untuk melakukan kesalahan dan EnakmenPelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 kerana melanggar syarat sah lesen.

Berikutan daripada kejadian berkenaan, pihak Zon Maritim Kudat memohon kepada masyarakat khususnya komuniti maritim membantu pihak agensi denganmelaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepadaMaritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999yang beroperasi 24 jam.

 

SELUDUP KUDAT 2