20
Sat, Apr

MOBILE COMMUNITY SERVICE (MCS) BERSAMA PROGRAM SAHABAT MARITIM BERJAYA DILAKSANAKAN

KUNAK, 23 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Lahad Datu telah menganjurkan Program Sahabat Maritim peringkat zon dengan kolaborasi bersama Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) melalui Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) di Padang Pekan Kunak.

Program ini diadakan selama tiga hari bermula daripada 18 hingga 20 Ogos 2023 lalu.

Program Sahabat Maritim dengan tema ‘Komuniti Prihatin, Maritim Sejahtera’ telah dilaksanakan dengan jayanya.

Program ini telah melibatkan 50 agensi kerajaan dan swasta yang membuka reruai masing-masing pada 20 0gos 2023.

Pameran oleh agensi berkaitan menunjukkan perkhidmatan yang disediakan serta terdapat khidmat nasihat yang diberikan.

Hadir sama memeriahkan majlis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Bin Arif, Wakil Pejabat Daerah Kunak di bawah pimpinan Encik Awang Bin Haji Mohd Yusoff (DO) serta penduduk kampung Kunak.

Dianggarkan lebih 2,800 orang pengunjung yang terdiri daripada pelbagai golongan sasar daripada orang dewasa dan kanak-kanak telah hadir bagi memeriahkan lagi suasana program dan turut serta dalam pelbagai aktiviti yang disediakan.

Antara aktiviti yang dilaksanakan pada 18 hingga 20 ogos 2023 ialah gotong-royong menceriakan beberapa sudut di Sekolah Kebangsaan Kunak 1, sukan rakyat, senamrobik, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, taklimat keselamatan di laut dan cabutan bertuah.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-66, filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang turut ditayangkan melalui wayang pacak kepada masyarakat bagi menyuntik semangat patriotik dan mengenali lebih dekat tentang Maritim Malaysia.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam Bin Nik Mohd Fauzi berkata, objektif utama program ini adalah bertujuan bagi merapatkan jaringan kerjasama di antara Maritim Malaysia dan agensi-agensi kerajaan serta komuniti di Daerah Kunak.

Katanya, program ini juga diadakan bagi memberi kesedaran tentang kesedaran keselamatan dan kepentingan menjaga ekosistem di laut serta mempromosikan peranan dan tugas Maritim Malaysia dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan.

Selain itu, melalui Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah telah berjaya mengumpulkan 50 jabatan kerajaan, swasta dan NGO untuk bersama-sama memberikan perkhidmatan dan khidmat nasihat mereka kepada masyarakat daerah Kunak.

Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah yang sudi berkolaborasi dengan Zon Maritim Lahad Datu dalam menjayakan program Sahabat Maritim peringkat zon kali ini.

“Komuniti maritim diharap dapat menjadi mata dan telinga kepada Maritim Malaysia untuk terus berkongsi maklumat salah laku jenayah rentas sempadan jika mendapati berlakunya sebarang perlanggaran undang-undang di kawasan mereka,” katanya.

Program tahunan sebegini dilihat mampu memberi ruang kepada penduduk setempat untuk berkongsi pelbagai maklumat dan isu-isu penting dalam usaha memastikan kawasan perairan bebas daripada ancaman keselamatan jenayah rentas sempadan. Maritim Malaysia sentiasa mengekalkan hubungan baik bersama masyarakat setempat dalam melaksanakan peranan tugas sebagai agensi keselamatan.

Katanya, pemerkasaan penguatkuasaan amatlah penting bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khusunya di perairan Timur Sabah (ESSZONE).

Orang ramai khususnya komuniti maritim diminta untuk bekerjasama menyalurkan maklumat ataupun aduan ke Zon Maritim Lahad Datu yang beroperasi 24 jam di talian 089-885727 atau MERS 999.

 

KUNAK
 
KUNAK 4
 
KUNAK 10
 
KUNAK 14
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON