24
Wed, Apr

BOT PANCUNG BERSAMA 375 LITER PETROL TANPA PERMIT YANG SAH DITAHAN ZON MARITIM SANDAKAN

SANDAKAN, 23 Ogos – Sebuah bot pancung yang membawa 15 tong berisi 375 liter petrol tanpa permit yang sah telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan di perairan Sandakan, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam operasi telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.

Melihat kepada kejadian tersebut, pihak Maritim Malaysia kemudiannya mengarahkan bot suspek berhenti untuk pemeriksaan.

Bot terbabit tidak memberikan kerjasama dan telah memecut laju sambil bertindak membuang 15 tong disyaki berisi petrol ke laut.

Bot suspek kemudiannya menuju ke perairan cetek berhampiran daratan bagi melarikan diri.

Hasil pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan, bot dengan enjin sangkut 40 kuasa kuda itu tidak mempunyai nombor pendaftaran.

Nilai rampasan termasuk barang kawalan, enjin sangkut dan bot dianggarkan berjumlah sekitar RM16 ribu.

Kesemua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat. Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Dalam satu kes yang berasingan, Zon Maritim Sandakan juga telah berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu nama nakhoda tidak sama dengan lesen bot tersebut, Isnin lalu.

 

WhatsApp Image 2023 08 23 at 15.09.15 1

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON