29
Fri, Mar

BOT PENUMPANG MELETUP, SEPULUH MANGSA CEDERA SELAMAT

MERSING, 22 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Mersing telah menyelamatkan sepuluh orang mangsa termasuk kru sebuah bot penumpang yang meletup pada bahagian lantai bot di kedudukan lebih kurang 7.6 batu nautika timur laut Pulau Pemanggil pada jam 11.50 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Bin Saadin berkata, bot ronda PERKASA 44 yang sedang dalam rutin OP JAKSA diatur gerak ke lokasi kejadian setelah menerima maklumat daripada pusat operasi Zon Maritim mersing.

Hasil pemeriksaan pasukan operasi mendapati, terdapat dua mangsa wanita dan dua mangsa lelaki mengalami kecederaan parah pada bahagian kaki serta bahu, empat mangsa lagi mengalami cedera ringan begitu juga kepada dua kru bot.

Kesemua mangsa telah diberi rawatan awal sebelum dipindahkan ke bot PERKASA 44 dan bot awam yang membantu di lokasi kejadian.

Jumlah kesemua mangsa termasuk kru yang berada di atas bot penumpang itu ialah sepuluh orang iaitu empat lelaki dan enam wanita dalam lingkungan umur 32 hingga 48 tahun.

Hasil pemeriksaan awal, letupan disyaki berpunca di bahagian lantai bot namun siasatan terperinci mengenai punca sebenar masih giat dilakukan.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Mersing untuk rawatan lanjut.

Pihak Maritim Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Polis Marin (PPM) dan bot komersial awam yang membantu dalam menyelamatkan mangsa di laut susulan kejadian tersebut.

Sebarang aduan kecemasan dan jenayah segera hubungi talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404 dan Pusat Operasi Zon Maritim Mersing di talian 07-7982529.

 

BOT MERSING
 
BOT MERSING 2
 
BOT MERSING 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON