LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 30 Disember. – Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Kapal Maritim Kimanis (KM Kimanis) diantara Leftenan Komander Maritim Mohd Faizal bin Ahmad kepada Leftenan Maritim Mohd Nasaruddin bin Mohamed telah diadakan di perkarangan Kapal KM Kimanis yang berpangkalan di Jeti Limbungan Batu Maung (LBM), semalam.

 Majlis tersebut telah disaksikan oleh Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah 2, Laksamana Pertama Maritim Kamaruszaman bin Haji Abu Hassan bersama Pengarah Pentadbiran dan Kewangan (PPK), Encik Imran Afandy bin Rusli serta 23 anggota kapal tersebut.

 Mantan Pegawai Memerintah KM Kimanis, Leftenan Komander Maritim Mohd  Faizal bin Ahmad telah dilantik sebagai Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Siasatan Jenayah Maritim, Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berkuatkuasa 4 Januari 2016 telah mengambil kesempatan di dalam majlis ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pengurusan tetinggi APMM Daerah, krew kapal yang bernaung di bawah pemerintahannya dan semua warga Daerah Maritim 2 yang memberi kerjasama serta perkhidmatan cemerlang sepanjang tempoh beliau berada di sini..

  Ucapan kata-kata semangat juga telah disampaikan oleh Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah 2, Laksamana Pertama Maritim Kamaruszaman bin Haji Abu Hassan kepada mantan Pegawai Memerintah KM Kimanis dan Pegawai Memerintah KM Kimanis yang baru.

  Selain itu, turut diadakan Majlis Penyampaian Cenderahati Kenang-Kenangan kepada 4 anggota Kapal KM Kimanis yang akan bertukar keluar bagi mengisi jawatan di wilayah atau daerah yang lain. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah 2.

1Majlis Serah Terima Tugas CO KM Kimanis 29.12.152Majlis Serah Terima Tugas CO KM Kimanis 29.12.15

Sumber :

LK I Maritim Mohd Zulhilmi Othman

Unit Komunikasi Koperat Daerah Maritim 2 

GEORGETOWN, 25 Disember. – Seramai 20 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Daerah Maritim 2 Pulau Pinang yang diketuai oleh Leftenan Muda Maritim Mohamad Arif bin Shahruddin telah menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1437H/2015 peringkat negeri di Seberang Jaya, semalam.

 Sebanyak 37 agensi kerajaan negeri ini berarak sejauh 500 meter dari Dewan SP Arena Seberang Jaya menuju ke Masjid Seberang Jaya bermula jam 8.30 pagi.

 Majlis perarakan dirasmikan EXCO Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim. Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Farizan Daru.

1MSambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri 1437H 24.12.15 2MSambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri 1437H 24.12.15

Sumber:

LK I Maritim Mohd Zulhilmi Othman

Unit Perhubungan Awam Daerah Maritim 2 Pulau Pinang

CYBERJAYA, 23 Disember – YBhg Laksamana Maritim Haji Dato Ahmad Puzi bin Haji Ab Kahar Ketua Pengarah APMM telah menghadiri Majlis Pengiktirafan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) sebagai Pasukan Heavy Urban Search And Rescue (USAR) yang dianjurkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN), Jabatan Perdana Menteri bertempat di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia, Pulau Meranti, Cyberjaya di sini pagi tadi.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Shahidan bin Kassim, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan diiringi oleh YBhg Dato’ Zaitun binti Ab Samad, Ketua Pengarah (APBN).

YB Menteri juga, dibawa melihat dan meninjau beberapa Demonstrasi Aliran Kerja Kontijen Urban Search and Rescue (USAR) antaranya Base of Operation (BoO), Reception/Departure Centre (RDC), On-Site Operations Coordination Centre (OSOCC), Collapsed Structure Demonstration dan yang terakhir High Rise Rope Rescue Demontrastration.

Akhir sekali, YB Menteri bersama Ketua Jabatan yang lain turut melawat Pusat Kawalan Bencana Negara atau National Disaster Command Centre ((NDCC).

smart 2 smart 1

maulidur rasul 1  maulidur rasul 6

YBhg Laksamana Maritim Dato’ Haji Ahmad Puzi bin Haji Ab Kahar, Ketua Pengarah APMM dan Isteri serta warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Ibu Pejabat, Putrajaya turut hadir dalam sambutan perarakan dalam Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang - Foto LK (M) Ismail Yakop

maulidur rasul 4
maulidur rasul 2
maulidur rasul 3 maulidur rasul 5

KUANTAN, 21 Disember - AMSAS telah menerima lawatan wakil Drug Enforcement Administration (DEA), Kedutaan Amerika Syarikat hari ini. Lawatan adalah bertujuan melawat persekitaran AMSAS serta mengenalpasti segala kemudahan pembelajaran yang terdapat di AMSAS. Taklimat lawatan telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kompetensi & Kawalan Mutu AMSAS, Leftenan Komander (M) Ahmad Azli bin Mohamed

.DSC 8121 webDSC 8160 web

 Sumber : Unit Perhubungan Awam AMSAS