WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

PANTAS, TEGAS, ADIL

PANTAS

Umumnya, setiap sistem yang ada dalam APMM dirancangkan supaya dapat melaksanakan segala tugas dengan cepat kerana sebarang tindakan yang lambat boleh menjejaskan pelaksanaan undang-undang negara dan berkemungkinan boleh meletakkan nyawa dan harta benda pelanggan dalam bahaya. Aset- aset yang diperolehi juga mendokong prinsip pantas ini. Cekap dan tangkas dalam bertindak atau memberi respons sebaik sahaja menerima aduan atau permohonan bantuan dapat memastikan penguatkuasaan yang berkesan serta mampu mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda di laut. Kepantasan yang ditonjolkan setiap kali berurusan dengan para pelanggan merangkumi kepantasan berfikir dan bertindak mengikut lunas-lunas peraturan, pekeliling dan peruntukan undang-undang sedia ada. Kepantasan bertindak anggota-anggota APMM menunjukkan kepentingan pelanggan menjadi keutamaan APMM.

TEGAS

Ketegasan merupakan sikap yang tidak berkompromi dengan perkara-perkara yang menyalahi peraturan dan undang-undang. Sikap ini penting untuk memberi mesej kepada para pelanggan bahawa anggota penguatkuasa APMM melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, komitmen, jujur, disiplin, berintegriti, profesional dan amanah demi menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan pelanggan dan perairan negara daripada sebarang elemen-elemen negatif yang akhirnya boleh merosakkan/menjejaskan kepentingan pelanggan.

ADIL

Setiap pelanggan akan dilayan secara sama rata mengikut prinsip “satu undang-undang untuk semua” bagi mengelakkan perlanggaran peraturan dan undang-undang negara tanpa mengira kedudukan, pangkat dan pengaruh mana-mana pihak. Ia juga untuk menentukan pelanggan sentiasa mendapat layanan yang adil, saksama dan dihormati supaya kepentingan pelanggan secara keseluruhannya terus terjamin.