![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|||
KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (PPM002-16-05122007) Kelab Kebajikan dan Sukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (KESMAR) telah ditubuhkan pada tahun 2007 di bawah Seksyen 7(1), Akta Pertubuhan 1966 iaitu berperanan di dalam menjaga hal-hal kebajikan ahli dan keluarga/waris melalui sumbangan kewangan yang melibatkan kematian dan persaraan. Disamping itu, KESMAR turut memberikan kemudahan bersukan dan beriadah kepada ahli-ahli melalui penganjuran sukan, program kerohanian/sahsiah dan sebagainya. Keberkesanan penubuhan KESMAR juga sebagai usaha memupuk semangat berpasukan/saling bekerjasama dan kesetiaan diantara sesama ahli dalam agensi dalam usaha membentuk warga yang berketerampilan dengan mempunyai ciri-ciri keperibadian yang tinggi.
|