WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

bendera logoapmm

1. Burung Helang melambangkan keadaan agensi yang sentiasa awas dengan penglihatan yang tajam dan kesiapsiagaan agensi yang sentiasa sedia untukbertindak segera dalam membantu, menyelamat dan menguatkuasakan undang-undang negara di perairan Negara.

2. Pedang Bugis melambangkan kepahlawanan dan kekuatan agensi seperti yang telah ditunjukkan oleh orang keturunan Bugis dalam sejarah Malaysia yang juga dikenali sebagai pelaut termasyhur di rantau ini.

3. Lambang sauh melambangkan bahawa aktiviti utama agensi ini adalah berkaitan dengan penugasan di perairan Negara.

4. Perkataan MARITIM MALAYSIA ditempatkan di dalam scroll yang membawa makna bahawa agensi ini adalah satu organisasi yang terdiri daripada anggota yang terlatih dan professional.

5. Bentuk tali jut, tali ini yang membentuk bulatan melambangkan kekuatan ikatan perpaduan dan kekukuhan perhubungan antara semua pangkat dan peringkat dalam agensi ini.

6. Warna merah melambangkan semangat waja pegawai agensi dalam menjalankan tugas.

7. Warna biru melambangkan keutuhan rohani pegawai agensi dan sifat cintakan laut.