PROGRAM PENGUKURAN BMI, UJI CERGAS DAN UJIAN RENANG MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS

LANGKAWI, 24 Febuari - Program Pengukuran BMI, Uji Cergas (UC) dan Ujian Renang bagi pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis (MNKP) telah diadakan bermula 28 Januari 2019 dan berakhir pada 21 Febuari 2019.

Program yang dilakukan secara berperingkat melibatkan semua pegawai dan anggota dari MNKP bermula dengan Program Pengukuran BMI yang diadakan di Pejabat MNKP turut melibatkan kakitangan Klinik Kesihatan Kuah sebagai pemeriksa.

Seterusnya program UC yang melibatkan aktiviti bangkit tubi, tekan tubi, lompat setempat, 4x10 meter lari ulang alik dan larian 2.4 kilometer diadakan di sekitar kawasan Pejabat MNKP. Tujuan UC ini diadakan adalah untuk memastikan setiap pegawai dan anggota Maritim Negeri Kedah dan Perlis berada dalam keadaan yang sihat dan cergasbagi melaksanakan tugas penguatkuasaan ketika berada di lapangan.

Akhir sekali program Ujian Renang telah diadakan bertempat di Akademi Koreksional, Jabatan Penjara Malaysia (Langkawi). Ujian ini dilakukan selama 3 hari bermula 18 hingga 20 Febuari 2019. Dengan adanya aktiviti program seperti ini diharapkan dapat mewujudkan suasana harmoni dikalangan pegawai dan anggota serta memupuk budaya amalan hidup sihat.

IMG 0450 IMG 0540
IMG 0451 IMG 0527

Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam Maritim Negeri Kedah/Perlis