1. | Menguatkuasa undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia. |
2. | Melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim di Zon Maritim Malaysia dan di lautan lepas. |
3. | Mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan di Zon Maritim Malaysia. |
4. | Memberikan bantuan dalam apa-apa perkara jenayah atas permintaan Negara asing sebagaimana diperuntukan di bawah Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621). |
5. | Menjalankan pengawasan udara dan pantai. |
6. | Menyediakan perkhidmatan pelantar dan sokongan kepada mana-mana agensi yang berkaitan. |
7. | Menubuhkan dan menguruskan institusi maritim bagi latihan pegawai Agensi. |
8. | Melaksanakan apa-apa kewajipan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan maritim atau melakukan segala perkara yang bersampingan dengannya. |
9. | Mengawal dan mencegah pencemaran maritim di lautan lepas. |
10. | Mencegah dan menyekat pelanunan serta mencegah dan menyekat pengedaran haram dadah narkotik di lautan lepas. |
11. | Diletakkan di bawah kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa tempoh darurat krisis khas atau perang. |