28
Thu, Mar

CUBA SELUDUP MASUK 312 BUNGKUS BENIH UDANG HIDUP GAGAL

ALOR SETAR, 5 Februari – Zon Maritim Kuala Kedah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 312 bungkusan plastik disyaki mengandungi benih udang hidup dari Thailand di sebuah jeti persendirian Kampung Kuala Sanglang, Sanglang Kedah pada pukul 3.00 pagi tadi.

Pengarah Maritim Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak berkata, hasil maklumat risikan telah berjaya mengesan aktiviti pemunggahan bungkusan plastik yang mencurigakan di jeti berkenaan.

Berikutan itu, bot ronda Maritim Malaysia, PERKASA 1224 yang sedang melaksanakan rondaan pemantauan Op Aman telah diarahkan ke lokasi sasaran untuk melakukan serbuan.

Setibanya di lokasi, pihak Maritim Malaysia mendapati jeti terbabit telah kosong dan terdapat 312 bungkusan plastik disyaki mengandungi benih udang hidup telah ditinggalkan.

Benih udang hidup berkenaan dipercayai cuba diseludup masuk dari negara Thailand ke Malaysia.

Kesemua bungkusan plastik berkenaan yang dianggarkan bernilai lebih RM 31 ribu dirampas dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah seksyen 40 (1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana mengimport ke dalam atau mengeksport ke luar Malaysia, ikan hidup tanpa permit atau dengan melanggar apa-apa syarat dalam permit.

Maritim Malaysia akan terus komited dan menggandakan usaha dalam melakukan operasi dan pemantauan di sepanjang perairan negara dari semasa ke semasa bagi membendung sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

Zon Maritim Kuala Kedah mengalu-alukan aduan mengenai sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut dan boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

 

BENIH UDANG 2   BENIH UDANG 3

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON