18
Thu, Apr

EMPAT WARGA INDONESIA DISYAKI SELUDUP MINYAK DITAHAN

PONTIAN, 15 Januari – Cubaan menyeludup minyak oleh sekumpulan warga Indonesia telah digagalkan oleh bot ronda Maritim Malaysia berikutan penahanan empat lelaki warga Indonesia di perairan Tanjung Piai, Johor sekitar 6.00 pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, cubaan menyeludup minyak yang disyaki diesel dilakukan oleh empat lelaki warga Indonesia berumur di antara 33 tahun hingga 50 tahun dengan menggunakan sebuah bot kayu tanpa tanda nama di kedudukan 3.5 batu nautika tenggara Tanjung Piai.

Jelas beliau, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan operasi telah mengesan bot kayu dalam keadaan mencurigakan sekitar pukul 5.30 pagi sebelum melakukan pemeriksaan lanjut terhadap bot kayu tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai pengenalan diri dan membawa sekitar 1,880 liter bahan bakar disyaki diesel di dalam tong minyak pelbagai saiz.

Kesemua suspek dan bot kayu telah ditahan serta dibawa ke Jeti Maritim Sungai Pulai bagi siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kastam 1967, Minyak disyaki diesel sebanyak 1,880 liter turut disita. Untuk perbandingan, minyak diesel di Malaysia berharga RM2.15 seliter manakala di Indonesia berharga sekitar RM4.49 seliter.

 

PATI PONTIAN 3
 
PATI PONTIAN 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON