WARGA IBU PEJABAT APMM TUNAIKAN SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI SEPARA TANDA BERSYUKUR

PUTRAJAYA, 20 April – Aktiviti Solat Sunat sempena fenomena gerhana matahari separa telah dianjurkan oleh Seksyen Kerohanian dan Kebajikan Ibu pejabat APMM, Putrajaya di Surau Darul Ilmi, Aras 9, sebelum Zohor tadi.

Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas tatacara solat sunat gerhana matahari dan diikuti dengan khutbah yang bertajuk 'Gerhana Matahari Separa' yang disampaikan oleh Kepten Maritim Ustaz Nik Kamaruddin bin Yunoh.

Fenomena gerhana matahari separa berlaku di mana kedudukan matahari dan bulan berada dalam kedudukan sejajar dengan bumi (bulan berada di antara matahari dan bumi) lalu terjadinya gerhana. Peristiwa ini dapat disaksikan dalam tempoh 1 jam 42 minit bermula pada jam 11.05 pagi sehingga jam 12.47 tengah hari tadi.

Fenomena gerhana matahari ini juga, memberi peluang kepada kita untuk bersama-sama meningkatkan amalan dengan melakukan ibadah sunat, beristighfar memohon keampunan kepada Allah, bertasbih dan bertakbir membesarkan dan mengagungkan Allah serta melakukan infak ke jalan Allah dalam membantu mereka yang memerlukan.

Turut hadir sama dalam majlis ringkas tetapi bermakna ini ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) YBrs Encik Khairul Anuar bin Bachok dan warga Ibu Pejabat APMM Putrajaya.

 

SOLAT GERHANA 2   SOLAT GERHANA 3   SOLAT GERHANA 4