19
Fri, Apr

PEROSAK EKOSISTEM LAUT, 31 SET BUBU NAGA DIRAMPAS

LUMUT, 29 Januari – Maritim Negeri Perak telah merampas sebanyak 31 set bubu naga atau bubu kambang (China Prawn Net Trap) di kedudukan sekitar 2.3 batu nautika barat laut Pulau Talang, Perak sekitar jam 4.10 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, bubu yang berukuran 10 meter panjang itu dikesan pasukan bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan OP SAYONG / OP PINTAS / OP TANJUNG dan OP TIRIS menerusi objek mencurigaan iaitu pancang kayu yang diikat dengan bendera berwarna merah bersama pelampung di permukaan air disyaki bubu naga.

Hasil pemeriksaan mendapati, pancang kayu itu adalah penanda bagi lokasi bubu naga yang dipasang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga yang dianggarkan bernilai hampir tiga ribu ringgit itu dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11 (3) (c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Penggunaan bubu naga diharamkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia mulai 1 November 2018 kerana sifatnya yang selektif dan boleh merosakkan ekosistem laut.

Maritim Malaysia memandang serius aktiviti penangkapan hasil laut seperti ini dan menegaskan agar komuniti maritim mematuhi undang-undang serta tidak melanggar syarat lesen perikanan yang diperuntukkan.

Sebarang maklumat, aduan dan insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menyalurkannya ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk maklum balas segera.

 

BUBU NAGA LUMUT   BUBU NAGA LUMUT 2   BUBU NAGA LUMUT 3   BUBU NAGA LUMUT 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON