KUCHING, 1 Jul – Maritim Malaysia dengan kerjasama US Coast Guard-Mobile Team Training (USCG-MTT) dan Kerajaan Amerika Syarikat telah melaksanakan Kursus Small Boat Operations Instructor Training (Train of Trainer) di Daerah Maritim 11 Kuching (DM11), Sarawak pada 17 hingga 28 Jun lepas.

Majlis Perasmian dan Pembukaan kursus ini telah disempurnakan oleh Pengarah Operasi Wilayah Sarawak, Kepten Maritim Abdul Razak Lebai Omar. Seramai 11 peserta kursus yang berjaya menamatkan kursus asas dan pertengahan yang lepas yang telah diadakan di Daerah Maritim 14 Labuan (DM14) telah dipilih oleh panel jurulatih dari US Coast Guard berdasarkan penilaian dari segi sikap, komitmen dan prestasi yang telah ditunjukkan sebelum ini bagi mengikuti kursus siri yang ketiga Instructor Training di Pejabat Daerah Maritim Kuching.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Haji Ismaili Bujang Pit telah menyempurnakan majlis penutupan kursus di Bilik Perhimpunan Pejabat Maritim Wilayah Sarawak.

IMG 2542 IMG 3026


Sumber: Staf Perhubungan Awam Wilayah Maritim Sarawak

Oleh : LK I (M) Adella Ariffin