19
Tue, Mar

LAWATAN KERJA RASMI TIMBALAN KETUA PENGARAH LOGISTIK KE LIMBUNGAN KUANTAN SLIPWAY

KUANTAN, 19 Januari – Bagi melihat sendiri keadaan semasa pengoperasian di samping memantau kerja-kerja pembaikan kapal dan bot Maritim Malaysia, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Limbungan Pernepa Engineering & Maritime Services, Kuantan Slipway, hari ini.

Tujuan lawatan ini adalah bagi memenuhi keperluan pengauditan yang perlu dilaksanakan secara berkala terhadap Kuantan Slipway yang telah didaftarkan sebagai pembekal perkhidmatan kepada Maritim Malaysia.

Kehadiran delegasi disambut oleh Ahli Lembaga Pengarah Kuantan Slipway, Suleiman Mustapha di pejabatnya dan disusuli dengan sesi taklimat oleh Pengurus Operasi, Ahmad Syazwan Ab. Wahid.

Seterusnya mereka dibawa melawat ke kawasan sekitar limbungan serta meninjau infrastruktur jeti yang digunakan bagi penempatan kapal dan bot Maritim Malaysia.

Isu pengurusan, kawalan jeti dan rancangan hadapan pembaikan aset Maritim Malaysia turut dibangkitkan semasa lawatan dan perbincangan lanjut mengenainya akan diadakan dalam masa terdekat.

Turut hadir sama ialah Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain, Pegawai-pegawai Kanan Maritim Negeri Pahang serta wakil dari Bahagian Kejuruteraan Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.

 

 

TOK PUL KUANTAN 4
 
TOK PUL KUANTAN 2
 
TOK PUL KUANTAN 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON