28
Thu, Mar

DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA

LUMUT, 16 Mac – Maritim Negeri Perak menyerahkan dua nelayan warga Indonesia kepada wakil kedutaan negara itu selepas bot yang dinaiki mereka diselamatkan oleh bot tunda BOMBER 1601 pada 8 Mac lalu kerana mengalami kebocoran dan tenggelam pada jarak 53 batu nautika dari barat laut Pulau Perak, Perak.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, penyerahan dua nelayan terbabit iaitu M. Jabar, 38 dan Musliadi M. Aji, 44 yang berasal dari Kabupaten Acheh Timur, Indonesia dilakukan di hadapan wakil kedutaan negara itu iaitu Yoshi Iskandar di Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak sekitar pukul 11.30 pagi semalam.

Dalam kejadian pada 8 Mac lalu, Pusat Operasi Maritim Negeri Perak telah menerima panggilan daripada agen bot tunda terbabit memaklumkan bot nelayan tersebut mengalami kebocoran lalu tenggelam dan telah menyelamatkan dua nelayan ketika dalam pelayaran dari Pulau Langkawi menuju ke Lumut, Perak serta menyerahkan mangsa kepada Maritim Negeri Perak bagi tindakan lanjut.

Tambah beliau, urusan penghantaran pulang nelayan tersebut akan dilakukan oleh pihak Indonesia sendiri dan wakil kedutaan bersetuju menerima mangsa setelah selesai sesi pengesahan dan proses dokumentasi.

Penyerahan dua nelayan warga Indonesia ini mencerminkan hubungan baik yang sedia terjalin di antara Malaysia dan Indonesia dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan perairan kedua-dua negara terjamin.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk tindakan segera.

 

NELAYAN INDO SELAMAT
 
NELAYAN INDO SELAMAT 2
 
NELAYAN INDO SELAMAT 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON