18
Thu, Apr

PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL

BATU PAHAT, 16 Mac – Enam disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia gagal meloloskan diri pulang ke negara asal melalui perairan Malaysia setelah ditahan Maritim Malaysia.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff bin Mohd Yunus berkata, ketika aset Maritim Malaysia melakukan rondaan dan penguatkuasaan dalam OP JAKSA dan OP TIRIS 3.0, terdapat sebuah bot fiber berlegar-legar dalam keadaan mencurigakan di perairan Tampok, Pontian sekitar jam 9.30 pagi semalam.

Bertindak dengan pantas bot fiber terbabit berjaya dipintas Maritim Malaysia di kedudukan 10 Batu Nautika dari Barat Daya Tampok, Pontian.

Hasil pemeriksaan menemukan enam lelaki disyaki PATI dalam lingkungan umur 26 hingga 42 tahun.

Tekong dan penumpang bot gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk memasuki negara ini.

Hasil siasatan lanjut mendapati kesemua yang ditahan cuba keluar dari perairan Malaysia dan menuju ke Batam. Bot fiber bersama kesemua suspek dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau kedua-duanya.

Serta Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan keluar masuk Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan. Sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10 ribu atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline, Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat di talian 07-4344020 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

PATI GAGAL BP 2
 
PATI GAGAL BP 3
 
PATI GAGAL BP 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON