LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

MUKAH, 5 November - Maritim Malaysia, Zon Maritim Tanjung Manis telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B di kedudukan 3.5 batu nautika utara Kampung Penipah, Mukah pada jam 9.26 pagi, semalam..

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mohd Ariz bin Md. Kassim berkata, operasi ini dijalankan setelah menerima maklumat aduan awam mengenai bot pukat tunda yang kerapkali menangkap ikan dengan menunda serta melanggar zon menangkap ikan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

"Hasil pemeriksaan mendapati, keempat-empat lelaki termasuk tekong adalah warga tempatan dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan bot tersebut ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8(b) kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menunda ikan kurang dari 5 batu nautika dari pantai", katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.

Tambahannya, keempat-empat warga tempatan termasuk tekong ditahan bagi membantu siasatan dan sejumlah hasil tangkapan ikan campur juga turut dirampas. Bot tersebut kemudiannya ditahan dan diiringi masuk ke Jeti LKIM Tanjung Manis untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat bagi tindakan selanjutnya.

WhatsApp Image 2019-11-11 at 10.15.04 WhatsApp Image 2019-11-11 at 10.15.05

SUMBER: PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM TANJUNG MANIS, SARAWAK.