LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 5 NovemberSebuah bot nelayan tempatan bersama seorang tekong dan seorang awak awak warga Myanmar telah ditahan di kedudukan 16 batu nautika dari Kuantan.

 

Pengarah Maritim Negeri PahangLaksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar berkata, bot dalam keadaan yang mencurigakan itu dikesan oleh  anggota bot  yang ketika itu sedang melakukan rondaan dan penguatkuasaan di perairan Kuantan.

 

" Pemeriksaan mendapati terdapat dua warga Myanmar berumur 35 dan 37 tahun berada di atas bot berkenaan dan kedua-duanya merupakan pemegang kad pelarian (UNSCR). Mereka ditahan kira-kira jam 10 pagi semalam  dengan hasil tangkapan berupa ikan campur seberat  50 kilogram," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

 

Tambahannya,keseluruhan barang rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai hampir RM 50,000 dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menagkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia.

 

Pihak Maritim akan bertindak tegas kepada bot nelayan yang melanggar syarat lesen menangkap ikan dan melakukan pencerobohan zon tangkapan ikan. "Maritim tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang bagi memelihara hidupan marin supaya tidak terjejas," katanya.

 

21

 

 

 

Sumber : Pegawai Perhubungan Awam Maritim Negeri Pahang