LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 5 NOVEMBER - Maritim Negeri Pulau Pinang berjaya menahan dua buah bot nelayan tempatan Kelas C ketika menjalankan Op Pertiwi/Op Bersepadu SITF 1/2019 kerana melakukan aktiviti menangkap ikan di luar zon yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, kedua-dua bot tersebut ditahan jam 2.50 petang tadi pada jarak 6 batu nautika dari Utara Muka Head.

"Hasil pemeriksaan mendapati empat krew dan dua tekong warga Thailand berumur lingkungan 36 hingga 67 tahun berada di atas bot dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan di bawah 15 batu nautika.

"Kedua-dua bot tersebut bersama dua gulung pukat tunda dan 1.5 tan ikan campur dibawa ke Jeti PPM Batu Uban untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat MN Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan, disini, hari ini.

Hamizan menegaskan Maritim Malaysia Pulau Pinang memandang serius terhadap kesalahan yang melibatkan aktiviti menangkap ikan di luar dari zon yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

Orang awam diminta agar bekerjasama dalam melaporkan sebarang kejadian menyalahi undang-undang, kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 / 04-2643650.

 

 002004