LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 4 November - Operasi Carilamat (SAR) memasuki hari kedua bagi mencari seorang lelaki tempatan terjun dari Jambatan Pertama Pulau Pinang di kilometer 8 arah pulau menghala ke Perai berjaya dijumpai pada jam 10.50 pagi tadi berhampiran Jeti Resort Pulau Jerejak.

Menurut Pengarah Maritim Negeri, Ibu Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, mayat mangsa iaitu Cheah Chee Chang, 31 tahun telah ditemui oleh pasukan penyelamat dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban.

"Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada PDRM dan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang bagi bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.

Tambahannya, mangsa dilaporkan terjun ke laut dari Jambatan Pertama Pulau Pinang pada 10.25 malam dua hari lepas.

Operasi SAR yang dikoordinasikan oleh MRSC Langkawi ini melibatkan pelbagai agensi keselamatan iaitu Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Malaysia. Maritim Negeri Pulau Pinang merakamkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua yang terlibat dalam penglibatan Operasi SAR ini.

Orang awam diminta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

 

Lokasi Kejadian  Pertemuan Mangsa Mayat Mangsa Terjun Jambatan