LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 4 November - Maritim Malaysia, Zon Maritim Tg. Sedili (ZMTS) telah menahan dua buah kapal tangki kerana didapati berlabuh tanpa kebenaran pada petang semalam di Perairan Johor Timur.

Kepten Maritim Mohd Zulfadli Bin Nayan, Pengarah ZMTS berkata, ''MT NANHAI FAXIAN dengan panjang 330 Meter berdaftar di China ditahan kapal peronda Maritim Malaysia pada kedudukan lebih kurang 13.5 batu nautika (bn) Timur Tanjung Penawar pada jam 3.40 petang.

Kapal yang dikendalikan oleh 18 kru termasuk Nakhoda (Master) warganergara India berumur lingkungan 22 hingga 63 tahun ditahan setelah pemeriksaan mendapati kapal tangki tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut.

''Terdahulu, sebuah kapal tangki yang berdaftar di Malaysia juga telah ditahan bot ronda Maritim Malaysia pada jam 12.05 tengahari di kedudukan 1.8 bn Tenggara Tanjung Ayam atas kesalahan yang sama iaitu gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh ketika diperiksa. Kapal ini dikendalikan sembilan lelaki termasuk Nakhoda warga Indonesia berumur lingkungan 26 hingga 62 tahun'' jelas Zulfadi.

''Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut. Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM 100 ribu atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya'' katanya lagi.

Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatan serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya demi memastikan kesejahteraan perairan negara khususnya Perairan Johor Timur. Justeru, pemilik kapal diingatkan supaya memohon kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Laut Malaysia (JLM) sebelum melabuhkan sauh.

WhatsApp Image 2019-11-04 at 8.30.45 AM 

WhatsApp Image 2019-11-04 at 8.28.58 AM

 

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tanjung Sedeli