LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA LUMPUR, 31 Oktober- Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Ybhg. Laksamana Maritim Dato’Mohd Zubil bin Mat Som bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Ybhg. Laksamana Madya Maritim Datuk Hj Ibrahim bin Mohamed semalam mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Negara, Ybhg. Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid bin Bador di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman semalam.

Kunjungan hormat tersebut sekaligus membincangkan mengenai kerjasama strategik antara Maritim Malaysia dan PDRM dalam menangani isu jenayah yang melibatkan penglibatan kedua-dua badan penguat kuasa ini.

Turut hadir sama sewaktu sesi kunjungan hormat berkenaan adalah Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor.

Kredit Foto: PDRM 

WhatsApp Image 2019-10-30 at 6.21.11 PM

WhatsApp Image 2019-10-30 at 6.21.13 PM

WhatsApp Image 2019-10-30 at 6.21.12 PM

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia