LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 27 OKTOBER – Dua buah bot disyaki nelayan asing bersama dua orang tekong dan 19 awak-awak ditahan Maritim Malaysia Negeri Pahang kerana menceroboh dan disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan lebih kurang 70 batu nautika dari Kuantanpada jam 3 petang, semalam.

Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar,Pengarah Maritim Negeri Pahangberkata, hasil pemeriksaan keatas kedua-dua bot disyaki nelayan asing dengan menggunakan nombor pendaftaran KG 95430 TS dan KG 92898 TS dipercayai dari Vietnam yang membawa hasil laut yang dianggarkan seberat 5 tan.

“Kedua-dua bot berkenaan bertindak cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran kapal ronda kami. Namun dengan kecekapan pegawai anggota Maritim bot nelayan asing tersebut berjaya ditahan’’, kata beliau.

Tambahannya, hasil rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai hampir RM 2 Juta dan kesemua 21nelayan Vietnam berumur lingkungan 18 hingga 50tahun dan bot ditahan serta diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan Akta Perikanan 1985 kerana memasuki dan menangkap ikan di kawasan perairan Malaysia tanpa kebenaran.

“Jika disabitkan kesalahan, kedua-dua tekong boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 1 juta setiap seorang atau penjara tidak melebihi 3 tahun, manakala kesemua awak-awak boleh dikenakan denda  tidak melebihi RM 100 ribu setiap seorang atau  penjara tidak melebihi 2 tahun,” katanya lagi.

Zulkarnaian menyatakan, sehingga hari ini Maritim Negeri Pahang telah melakukan 765 pemeriksaan dan 63tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan yang melibatkan nelayan asing dan tempatan. 

 

12  
   

 

Sumber : Pegawai Perhubungan Awam Maritim Negeri Pahang