LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 25 OKTOBER – Maritim Malaysia Negeri Pahang telah menahan dua buah bot nelayan disyaki bot nelayan asing Vietnam bersama dua orang tekong dan 21 awak-awak di kedudukan lebih kurang 64 batu nautika dari Kuala Pekan, Pahang lebih kurang jam 1 tengah hari semalam.

Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar,Pengarah Maritim Negeri Pahangberkata,hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot berkenaan telah menceroboh perairan Malaysia dan melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa kebenaran .

“ Kesemua meraka dan bot diiringi ke jeti Zon Maritim Kemaman dan hasil ikan campur seberat dirampas. Keseluruhan nilai rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai hampir RM 2 Juta.Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan Akta Perikanan 1985 kerana memasuki dan menangkap ikan di kawasan perairan Malaysia tanpa kebenaran.

Tambahannya,, jika disabitkan kesalahan kedua-dua tekong boleh dikenakan denda  tidak melebihi RM 1 juta setiap seorang atau penjara tidak melebihi tiga tahun manakala semua awak-awak boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 100 ribu setiap seorang atau penjara tidak melebihi 2 tahun.

  

12  
   

 Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Maritim Negeri Pahang