LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PELABUHAN KLANG, 23 Okt – Hasil kerjasama antara Maritim Malaysia Negeri Selangor dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Putrajaya dalam satu operasi bersama telah membawa kepada penahanan sebuah kapal korek pasir yang didapati beroperasi tanpa kebenaran pada jarak lebih kurang 10.6 batu nautika barat Pulau Ketam pada jam 3.45 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim berkata, pihaknya telah mengesan dan menahan sebuah kapal korek pasir yang disyaki melakukan aktiviti pengerukan, pengambilan dan pemindahan pasir walaupun kebenaran beroperasi kapal tersebut telah dibatalkan sejak 15 Oktober yang lalu.

Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kapal berkenaan mendapati kapal berkenaan gagal mempamerkan dokumen dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian serta Ketua Pengarah Jabatan Laut.

“Kami telah membuat pemantauan awal memandangkan kapal tersebut telah diberi peringatan kerana melakukan aktiviti pengerukan di luar konsesi yang diluluskan. Malah pihak mereka juga gagal membayar royalti hasil daripada aktiviti tersebut mulai Ogos hingga September 2019 seperti yang ditetapkan dalam syarat lesen lalu menyebabkan kebenaran operasi mereka ditamatkan,” ujar beliau.

Tujuh orang lelaki warganegara China berumur di antara 32 hingga 56 tahun serta kapal tersebut diiring ke Pelabuhan Klang dan diarahkan bersauh untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Pelantar Benua 1966 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu Ringgit Malaysia atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya dan kapal boleh dilucut hak.

 

WhatsApp Image 2019-10-23 at 11.26.06 AM

WhatsApp Image 2019-10-23 at 11.26.28 AM

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Selangor