LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

 

PELABUHAN KLANG, 16 Okt – Maritim Malaysia Negeri Selangor berjaya menahan tiga buah bot nelayan tempatan dalam jarak lebih kurang 5 batu nautika dari Sungai Tengkorak, Tanjung Karang pada 7 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim berkata, ketiga-tiga bot nelayan Kelas B1 itu ditahan bersama tiga orang tekong dan sembilan awak-awak warganegara Myanmar ketika sedang menunda pukat pada jarak kurang dari 8 batu nautika di perairan berkenaan.

“Kesemua yang ditahan berumur di antara 20 hingga 40 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Mereka juga tidak memiliki permit kerja sebagaimana yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, malah melanggar syarat sah lesen bot berkenaan apabila menangkap ikan di bawah 8 batu nautika dari pesisir pantai,” ujar beliau.

Ketiga-tiga bot tersebut ditahan dan ikan campur seberat 580 Kilogram turut dirampas. Bot-bot itu diiringi ke Jeti Pulau Indah untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Perikanan 1985.

“Syarat sah lesen telah ditetapkan buat mereka namun kesalahan tetap dilakukan. Tindakan tersebut boleh menjejaskan ekosistem dan pendapatan nelayan tradisional di pesisir pantai,” jelas beliau lagi.

WhatsApp Image 2019-10-16 at 5.03.40 PM

WhatsApp Image 2019-10-16 at 5.03.39 PM 1

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Selangor