LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PELABUHAN KLANG, 14 Oktober – Sebuah bot barter trade membawa 52,000 karton rokok seludup dianggarkan bernilai RM 6,936,800 termasuk cukai berjaya ditahan Maritim Malaysia Negeri Selangor pada jarak 3.2 batu nautika dari Tanjung Gabang pada jam lebih kurang 11.35 pagi pada 10 Oktober lalu.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim berkata, kapal Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Operasi Patkor Optima telah memeriksa sebuah bot barter trade dalam keadaan yang mencurigakan yang dinaiki seorang nakhoda dan tujuh kru lelaki warganegara Indonesia berumur di antara 31 hingga 52 tahun.

“Hasil pemeriksaan lanjut, pihak kami berjaya menemukan 1040 peti bungkusan mengandungi 10,400,000 batang rokok seludup terbabit yang disyaki cuba dibawa masuk ke negara ini,” ujarnya.

Rosli memberitahu, bot terbabit disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Kastamm 1967 kerana cuba membawa masuk rokok seludup ke dalam negara melalui pemalsuan ‘stamp duty paid’ pada kotak-kotak rokok berkenaan. Bot dan kesemua mereka ditahan dan diiring masuk ke jeti Pulau Indah bagi siasatan lanjut oleh Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Maritim Malaysia Negeri Selangor.

“Pihak kami akan terus menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Selangor Zon Tengah, dalam usaha membanteras sebarang penyeludupan bahan terlarang di dalam Zon Maritim Malaysia (ZMM),” jelas beliau lagi.

WhatsApp Image 2019-10-16 at 1.56.53 PM 1

WhatsApp Image 2019-10-16 at 1.56.53 PM

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Selangor