LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PELABUHAN KLANG, 15 Oktober – Sebuah bot penumpang ditahan Maritim Malaysia Negeri Selangor pada jarak lebih kurang 0.4 batu nautika Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang pada petang Ahad yang lalu.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim berkata, bot tersebut telah ditahan semasa pihaknya sedang melakukan rondaan rutin di sekitar perairan Selangor. Hasil pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati bot tersebut telah melanggar syarat sah lesen iaitu membawa penumpang melebihi had yang disyaratkan seperti dalam lesen.

Bot berserta tiga orang kru warganegara tempatan berumur di antara 17 hingga 25 tahun ditahan dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut.

“Pihak kami tidak berkompromi dengan mana-mana kesalahan terutamanya melibatkan tindakan yang boleh menjejaskan aspek-aspek keselamatan walaupun ianya dipandang remeh oleh pengendali bot. Malah kami tetap bertegas menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan keselamatan nyawa di laut,” ujar beliau.

WhatsApp Image 2019-10-16 at 2.03.33 PM

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Selangor