LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PANTAI KUNDUR, 14 Oktober- Sebuah bot penumpang tanpa lesen berjaya ditahan Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan pada kedudukan 2.9 Batu Nautika Timur Laut dari Pantai Kundur, Tanjung Kling pada jam lebih kurang 10.00 malam semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan, Komander Maritim Azman bin Samsudin berkata, penahanan bot penumpang OASIS 4 tersebut dilakukan oleh Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan rutin di sekitar perairan Negeri Melaka.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot mendapati dua orang kru bot warga tempatan berusia 50 dan 38 tahun yang membawa bot penumpang jenis gentian kaca dan gagal mempamerkan lesen bot,” katanya.

“Bot dan kesemua mereka ditahan dan mereka akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” jelasnya lagi.

Sepanjang 2019, Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan telah berjaya membuat tangkapan sebanyak 13 kes di atas pelbagai kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Beliau juga menasihatkan pengusaha - pengusaha bot penumpang tidak mementingkan keuntungan semata-mata dan mengabaikan aspek keselamatan ketika membawa pelancong atau pekerja kapal dagang bagi mengelakkan sebarang kecelakaan berlaku.

Beliau menegaskan pihaknya sentiasa meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membenteras dan menyekat aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan Melaka dan Negeri Sembilan, dan meminta orang ramai menyalurkan jenayah dan kecemasan di laut di talian Pusat Operasi Maritim 06-3876730 dan 999 yang beroperasi secara 24 jam.

WhatsApp Image 2019-10-14 at 9.40.44 AM

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Negeri Melaka dan Negeri Sembilan