LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

MERSING, 10 OKTOBER- Seorang tekong dan enam awak-awak warga Vietnam bersama perahu memancing kecemasan ditahan Zon Maritim Mersing pada kedudukan 3.0 batu nautika Timur Laut Pulau Tokong Burung, Kuala Rompin, Pahang pada Selasa lalu.

Menurut Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Haris Fadzillah bin Abdullah, bot peronda Maritim yang sedang melakukan rondaan Operasi Jaksa berjaya menahan bot terbabit yang didapati menggunakan perenjat elektrik sebagai peralatan menangkap ikan tidak seperti dalam lesen.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bot berkenaan mendapati kesemua awak-awak warganegara Vietnam dalam lingkungan 27 hingga 48 tahun gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,”

Ketika ditahan oleh pihak kami, tekong cuba untuk merasuah penguatkuasa sebanyak RM600. Bot dan kesemua kru ditahan dan dibawa Jeti APMM Tanjung Gemok untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen, Akta Imigresen 1959 serta Akta SPRM 2009, "katanya.

Maritim Malaysia mengingatkan orang ramai agar melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada pihak berkuasa. Kerjasama semua pihak termasuk komuniti maritim amat penting bagi menjamin kesejahteraan perairan negara.

WhatsApp Image 2019-10-10 at 8.13.26 PM

WhatsApp Image 2019-10-10 at 8.13.26 PM 1

WhatsApp Image 2019-10-10 at 8.13.27 PM

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Mersing