BATU PAHAT, 10 Oktober - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat telah berjaya merampas 4 pukat Rawa Sorong semasa menjalankan rondaan diperairan Ayer Baloi, semalam.

Menurut Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad bin Othman, ”Maritim Malaysia sering kali menerima rungutan oleh nelayan tempatan mengenai pencerobohan bot-bot pukat sorong di kawasan sekitar.

Semasa rondaan diadakan, aset yang terlibat telah berjaya mengesan empat bot yang mencurigakan sekitar perairan Ayer Baloi lebih kurang jam 3 petang dimana bot tersebut cuba meloloskan diri dengan menuju pantai berdekatan dan meninggalkan peralatan menangkap ikan”.

Hasil dari pemeriksaan dikawasan berkenaan telah menemukan 4 buah pukat sorong yang ditinggalkan pemilik bot berkenaan. Pukat Sorong berkenaan dirampas dan dibawa ke jeti ZM Batu Pahat seterusnya diserahkan kepada Pegawai penyiasat untuk tindakan selnjutnya manakala kes disiasat bawah Akta Perikanan 1985.

 

WhatsApp Image 2019-10-10 at 12.05.20 PM 1