JOHOR BAHRU, 6 OKTOBER - Hasrat sekumpulan sahabat untuk memancing ikan bertukar menjadi detik mencemaskan apabila bot yang dinaiki mereka menggalami kerosakan pada bahagian enjin dan hanyut di bawa arus di perairan Tanjung Piai.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksmana Pertama Maritim Aminuddin Bin Hj Abdul Rasid, sebuah bot Maritim yang bertugas melakukan rondaan telah menjumpai bot tersebut yang berada di kedudukan 2.6 batu nautikaTimur Laut Tg. Piai.

Dalam kejadian tersebut, bot yang dinaiki lima lelaki berumur lingkungan 25 hingga 50 Tahun bot yang mereka naiki menggalami kerosakan pada bahagian enjin. Keadaan bertukar menjadi panik akibat cuaca buruk dan bot tersebut dipukul ombak sehingga bot mereka hanyut dibawa arus.

Kesemua mangsa yang terkandas berjaya diselamatkan tanpa menggalami sebarang kecederaan. Kesemua mereka telah dibawa menaiki bot Maritim dan bot mereka yang rosak telah di tunda oleh rakan nelayan tempatan ke Jeti Kg. Pendas. Mangsa yang terkandas selama 6 jam itu menggucapkan terima kasih di atas bantuan kepada anggota bertugas dan pihak Maritim Malaysia.

bot terkandas tg.piai

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Johor