PULAU INDAH, 1 OktKampung Sungai Kembong, Pulau Indah dirasmikan sebagai Kampung Angkat Maritim Negeri Selangor dalam satu majlis yang di rasmikan Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim bertempat di Jeti Nelayan Kampung Sungai Kembong, Pulau Indah pada 29 September 2019 yang lalu.

Dengan bertemakan ‘Kembali Kepada Komuniti’ majlis yang turut dihadiri oleh ADUN Pelabuhan Klang, YB Tuan Azmizam bin Zamanhuri diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara agensi dan komuniti nelayan setempat.

Selain itu, sesi dialog juga diadakan menjadi medium untuk nelayan setempat mengutarakan masalah yang dialami mereka antaranya, isu berkaitan pencemaran sungai, pencerobohan bakau yang tidakt erkawal dan aktiviti pengorekan pasir.

Turut diadakan sesi penanaman 300 anak pokok bakau anjuran pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di pantai dan Sungai Kampung Sungai Kembong bersama warga Maritim Negeri Selangor dan komuniti setempat sebagai sukarelawan Tim Selangor Lestari sehari sebelum majlis tersebut diadakan.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Superitenden Mohd Khairuddin bin Jamal, Pegawai Memerintah PPM 1, Pelabuhan Klang, Penghulu Kawasan Pulau Indah, En. Zulkarnain bin Alinafiah,Yang Dipertua Persatuan Nelayan Kampung Sungai Kembong, Tuan Haji Hashim bin Haji Sibelik serta ketua-ketua JKKK Kampung Sungai Kembong, Kampung Perigi Nenas, Kampung TelukNipah dan Kampung Pinang.

prog kampung kembong

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Selangor