LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 28 Sept - Operasi Carilamat (SAR) memasuki hari ketiga bagi mencari seorang mangsa lelaki warga Indonesia yang disyaki terjatuh ke laut ketika kapal sedang bersauh. Mayat mangsa berjaya dijumpai pada jam 1.40 petang tadi kira-kira 0.5 batu nautika Timur Laut Perairan Padang Kota.

Menurut Pengarah Maritim Negeri, Ibu Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, Pusat Operasi Maritim Negeri telah menerima maklumat penemuan mayat mangsa oleh nelayan tempatan. Bot Kilat 4 telah digerakkan ke lokasi dilaporkan dan mangsa iaitu Agus Salam Siregar, berusia 23 tahun ketika ditemui masih lengkap berpakaian 'overall putih'.

Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Lebuh Pantai dan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang bagi bedah siasat," katanya.

Mangsa dilaporkan terjatuh ke laut ketika berada di atas dek Kapal Tangki Mekar Jaya yang sedang bersauh di Perairan Macallum jam 11.40 pagi pada Khamis lalu.

Tambah Hamizan, Operasi SAR yang dikoordinasikan oleh MRSC Langkawi ini melibatkan pelbagai agensi keselamatan iaitu Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Malaysia. Maritim Negeri Pulau Pinang merakamkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan bantuan semua pihak yang terlibat dalam Operasi Carilamat ini.

KRU KAPAL TANGKI JATUH LAUT DITEMUI PASUKAN CARILAMAT 1

KRU KAPAL TANGKI JATUH LAUT DITEMUI PASUKAN CARILAMAT 2

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Pulau Pinang