LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PERLIS, 29 SEPTEMBER - Zon Maritim Kuala Perlis menahan sebuah bot nelayan Thailand pada jarak lebih kurang 5.3 batu nautika dari pantai Sungai Baru jam lebih kurang 09.30 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nurulazme Bin Zakariah berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan rutin di perairan Negeri Perlis, mengesan sebuah bot nelayan Thailand yang sedang leka melakukan aktiviti memukat ketam di perairan Sungai Baru.

Hasil pemeriksaan mendapati seorang tekong warganegara Thailand berumur lingkungan 35 tahun telah ditahan. Pemeriksaan lanjut turut menemui lebih kurang 10 kilogram ikan campur di atas bot tersebut.

Bot dan tekong tersebut dibawa masuk jeti Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut. Bot tersebut didapati telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 15(1)(a) kerana pencerobohan penangkapan ikan oleh vesel asing di perairan perikanan Malaysia.

“Pihak Maritim akan terus membuat rondaan dan pemantauan di sempadan dan perairan negara dari semasa ke semasa untuk mencegah aktiviti penyeludupan, pencerobohan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan utara Semenanjung Malaysia.

Maritim Malaysia juga meminta kerjasama dari orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini. Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162,” jelas beliau.

PR BOT NELAYAN THAILAND

PR BOT NELAYAN THAILAND 2

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Kuala Perlis