LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LUMUT, 18 SEPTEMBER - Maritim Malaysia Negeri Perak berjaya menahan Sebuah bot nelayan Indonesia kerana menceroboh perairan Pulau Jarak pagi semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Komander Maritim Shahrizan bin Raman berkata, “bot berkenaan telah dikesan oleh KM MARLIN ketika sedang melakukan rondaan dan penguatkuasaan di perairan Negeri Perak".

“Bot yang tiada nombor pendaftaran bersama 4 orang awak-awak termasuk tekong warga Indonesia ditahan ketika sedang menangkap ikan kira-kira 27 batu nautika dari barat daya Pulau Pangkor”.

Hasil pemeriksaan mendapati bot yang dinaiki telah berada di laut selama 4 hari sejak 14 September yang lalu. Bot bersama tekong dan awak – awak yang berusia antara 24 tahun hingga 36 tahun kemudiannya diiringi balik ke Pusat Tahanan Vesel Kampung Acheh untuk siasatan lanjut.Kes akan disiasat dibawah seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dalam perairan Malaysia.

“Pihak Maritim Malaysia akan bertindak tegas kepada mana-mana bot nelayan yang melanggar syarat lesen menangkap ikan dan melakukan pencerobohan di zon tangkapan ikan," ujar beliau lagi.

BNA INDO CEROBOH MALAYSIA

BNA INDO CEROBOH MALAYSIA 2

Sumber:Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Negeri Perak