LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI, 3 SEPTEMBER – Sebuah bot nelayan tempatan kelas C disyaki menceroboh dan menunda di kawasan yang tidak dibenarkan berjaya ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama (M) Haji Rozali Mohd Said berkata, tekong bersama tiga awak-awak warga Thailand berumur dalam lingkungan 22 hingga 34 tahun ditahan kira-kira 10.9 batu nautika barat daya Pulau Rebak Besar, Langkawi.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot nelayan tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (b) atas kesalahan melanggar syarat lesen iaitu menangkap ikan kurang dari 15 batu nautika dari pantai,” katanya.

Kira-kira 500 kilogram ikan campur pelbagai saiz juga turut dirampas, nilai rampasan dianggarkan bernilai RM 500,000.00 termasuk bot dan hasil tangkapan. Bot nelayan dan kru seterusnya dibawa ke Jeti APMM Bukit Malut untuk tindakan lanjut.

Sekiranya berlaku sebarang kecemasan ataupun berlaku kegiatan yang mencurigakan di laut, Maritim Malaysia boleh dihubungi melalui talian MERS 999 atau Pusat Operasi Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750.

PADA CEROBOH KWSN LARANGAN

PADA CEROBOH KWSN LARANGAN 2

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Kedah dan Perlis.