LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUDAT, 29 OGOS - Berdepan dengan angin yang kencang serta keadaan laut yang bergelora selama lebih kurang empat jam, itu antara cabaran yang dilalui oleh tiga orang nelayan apabila bot yang dikendalikan mereka mengalami kerosakan dan terpaksa berapung di laut menanti bantuan tiba.

Bot tersebut dilaporkan mengalami kerosakan di sekitar perairan Kimihang, Kudat sekitar jam 1 tengahari semalam. Sejurus menerima laporan, Maritim Malaysia telah mengaturgerak sebuah bot ronda yang berada di kawasan berdekatan bagi menghulurkan bantuan namun keadaan cuaca yang buruk menyukarkan usaha tersebut dilakukan.

Bot yang dikendalikan oleh tiga nelayan, seorang warganegara Malaysia dan dua warga Filipina itu akhirnya berjaya diselamatkan apabila sebuah bot nelayan yang lain membantu untuk menunda bot terbabit ke daratan terdekat.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora yang berlaku di perairan Sabah adalah susulan daripada Ribut Tropika Podul yang melanda utara Filipina. Keadaan seperti ini dijangka berlarutan sehingga 29 Ogos 2019. Susulan itu, pihak Maritim Malaysia mengingatkan kepada komuniti laut agar dapat mengurangkan aktiviti di laut bagi bot-bot kecil, dan sekiranya perlu untuk ke laut, sila pastikan peralatan kecemasan mencukupi serta berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

BOT ROSAK 3 SELAMAT 2

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Kudat