LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 29 OGOS- Yang Amat Berhormat Dato’ Dr. Sahruddin bin Jamal, Menteri Besar Johor melakukan lawatan kerja ke Abu Bakar Maritime Base(ABMB) pada pagi tadi.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Jamal diiringi oleh YB Dato' Ishak bin Sahari, Penasihat Undang-Undang Negeri, YDH CP Datuk Kamarudin bin Md Din, Ketua Polis Johor, YBhg. Dato' Haji Zawawi bin Haji Adam, Panglima 7 Briged, Tuan Haji Rabin bin Basir, Timbalan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, En. Tarmizi bin Dan, Pengarah Keselamatan Negeri Johor dan En. Mohd Syazwan bin Saleh, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kedaulatan Maritim, MKN.

Sepanjang lawatan, Dato' Dr. Sahruddin dan delegasi dibawa melawat menara kawalan dan kemudahan-kemudahan di sekitar Batuan Tengah oleh Ketua Pangkalan ABMB diiringi oleh Laksamana Pertama Maritim Aminuddin bin Haji Abdul Rashid dan Kepten Maritim Zulfadli bin Nayan, Pengarah Maritim Tanjung Sedili.

Delegasi turut diberi taklimat berkenaan pengoperasian, fungsi dan kepentingan ABMB kepada perairan Negara terutamanya pengawasan keatas kedaulatan perairan negara.

Terdahulu, pada 1 Ogos 2017 yang lalu, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim telah berkenan merasmikan Pos Maritim Malaysia Batuan Tengah seterusnya telah menamakan pos berkenaan secara rasmi sebagai “Abu Bakar Maritime Base”.

mb johor lawat abmb 2

mb johor lawat abmb

 

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tanjung Sedeli