LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA PAHANG 29 Ogos - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Pahang mengadakan program Kesedaran keselamatan di laut dalam usaha menjelaskan isu-isu keselamatan dan undang-undang di laut kepada komuniti nelayan pagi tadi.

Program yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Maritim Negeri Pahang (Operasi) , Kepten Maritim V.Pannir Selvan a/l Veloo. Timbalan cawangan Unit Taman Laut Pahang, Ketua Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Pahang dan Pengurus Persatuan Nelayan Kawasan Pekan juga turut hadir ke program ini.

Antara pengisian program seperti taklimat Kesedaran keselamatan di laut dan sesi soal jawab bersama komuniti nelayan, serta pameran Maritim Negeri Pahang juga diadakanbagi meraikan Bulan Keselamatan Negara 2019 dengan berslogankan 'Keselamatan Negara Kemakmuran Bersama' yang berlangsung mulai 1 hingga 31 Ogos ini.

Program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada Persatuan nelayan kawasan Pekan terutamanya nelayan Kuala Pahang. 

Menurut Kepten Maritim V.Pannir, program ini dijalankan bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan keselamatan semasa berada di laut. Disamping itu dapat memberi penerangan berkaitan operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan oleh Maritim Malaysia.

“Program seperti ini dapat memberi ruang dan juga peluang untuk sama-sama berinteraksi secara langsung dalam usaha menangani isu-isu keselamatan dan menyalurkan maklumat sekiranya terdapat aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang di perairan Kuala pahang khususnya,” kata Timbalan Pengarah Maritim Negeri Pahang (Operasi), Kepten Maritim V.Pannir dalam ucapan perasmiannya.

"Usaha dan nilai murni ini sekaligus dapat mendekatkan Maritim Malaysia dengan nelayan tempatan dan menjadikan nelayan sebagai mata dan telinga untuk menyalurkan maklumat dan aduan sekiranya diperlukan," ujar beliau.

 

program keselamatan dilaut pahang

program keselamatan dilaut pahang 3

program keselamatan dilaut pahang 2

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Pahang