LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LUMUT, 26 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Perak telah menahan 2 bot nelayan tempatan bernombor pendaftaran SLFA 4620 dan PKFA 1255 kerana menceroboh kawasan larangan menangkap ikan petang semalam.

Komander Maritim Shahrizan Bin Raman pemangku Pengarah Maritim Negeri Perak berkata, bot tersebut dikesan oleh bot ronda Maritim Malaysia ketika melakukan rondaan dan penguatkuasaan di perairan Malaysia.”

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di zon larangan menangkap ikan. dua bot serta enam awak-awak warganegara Malaysia termasuk dua orang tekong dan lima awak-awak warga Myanmar, berumur antara 33 hingga 52 tahun di tahan kira -kira 3.6 batu nautika dari Barat daya Pulau Katak,” katanya.

Bot dan awak-awak kemudiannya diiringi balik ke jeti Kampung Acheh untuk diserahkan kepada Cawangan Siasatan MN Perak.

Ujar beliau lagi, Maritim Malaysia akan bertindak tegas terhadap mana-mana bot nelayan yang melakukan pencerobohan zon menangkap ikan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi memelihara kehidupan marin agar tidak terjejas.

Disamping itu beliau memohon kepada komuniti maritim untuk terus memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat untuk menangani isu ini. Tambah beliau lagi, orang awam dimohon menyalurkan maklumat segera bagi menghalang kegiatan mencuri hasil laut di perairan negara. Sebarang maklumat dan aduan boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 bagi memaklumkan sebarang kes kecemasan di laut.

2 BNT DITAHAN CEROBOH KAWASAN 2

2 BNT DITAHAN CEROBOH KAWASAN 3

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Negeri Perak