LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PERLIS, 22 OGOS 19 bubu naga (bubu kambang) dirampas bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlispada jarak lebih kurang 1.2 batu nautika barat daya Kuala Perlis dan 1.9 batu nautika barat Kuala Perlis pada jam lebih kurang 07.30 dan 08.23 malam kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nurulazme Bin Zakariah berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang melakukan rondaan rutin telah menjumpai pelampung yang dipasang sebagai penanda kepada bubu naga, masing-masing berukuran lebih kurang 10 meter panjang yang ditinggalkan untuk menangkap Penggunaan bubu naga dilarang sama sekali kerana mempunyai lebih kurang 20 pintu dan panjang yang boleh mengakibatkan hidupan laut yang kecil masuk ke dalam bubu berkenaan.

Tambah beliau, kesemua hasil ikan bagi rampasan bubu naga seberat lebih kurang 50 kilogram beserta bubu naga berkenaan dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk disiasat di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan iaitu bubu naga. Menurut beliau lagi, pihaknya akan terus memantau aktiviti penggunaan bubu naga berkenaan di perairan Negeri Perlis dari semasa ke semasa.

“Pihak Maritim akan terus membuat rondaan dan pemantauan di sempadan dan perairan negara dari semasa ke semasa untuk mencegah aktiviti penyeludupan, pencerobohan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan utara Semenanjung Malaysia. Maritim Malaysia juga turut meminta kerjasama dari orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini. Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162,” jelas beliau.

19 BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KUALA PERLIs 2

19 BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KUALA PERLIS

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Kuala Perlis